SpikeyFidz
Blogger Pemikir dan Pembongkar 1 Demi 1 Rahsia Alam Ghaib, Alam Fana dan Alam Maya.
Friday, January 20, 2012
AkuBudakSeni: Dunia Artis : Izwan Pilus meninggalkan kita.
AkuBudakSeni: Dunia Artis : Izwan Pilus meninggalkan kita.: Berita ni Spikey dapat dari Yenx Jeffrey dalam page group akubudakseni, katanya Izwan Pilus sudah pun meninggal dunia kira-kira jam 6.1...
Saturday, December 24, 2011
TERBONGKAR: Video Perancangan Iblis Laknatullah yang Nyata
Ketika sedang di-ruqyah (mengubat kerasukan jin secara Islam), tiba-tiba seekor jin dari golongan Ifrit telah terlepas cakap kerana kesombongan. Lalu telah menceritakan beberapa perkara ghaib (rahsia) antaranya: bagaimana syaitan dan iblis merosakkan anak Adam, bagaimana golongan jin sendiri ditipu, dan pengakuan bahawa projek illuminati adalah 'brainchild' Iblis untuk menyambut al-Masih ad-Dajjal.
Sifat sombong jin berbangsa Ifrit telahpun disebut dlm al-Quran: Berkatalah Ifrit dari golongan jin: "Aku akan membawakannya kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu, dan sesungguhnya aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah". (27:30)
Kerana mereka sering bersikap sombong kepada manusia, akhirnya jin tersebut telah "berkongsi" beberapa hal besar, dan membenarkan hadith dan ayat-ayat Quran tentang sifat dan kerja-kerja syaitan dan Iblis.
Kesimpulan penulis: menurut bacaan hamba, Iblis dan Dajjal itu musuh yang dijadikan Allah sebagai musuh manusia yang nyata. Kejadian Dajjal itu sendiri adalah hasil hubungan haram antara Iblis dan Manusia (kelahiran cacat).
Dalam video ini juga kita dapat mengetahui hubungan antara Iblis, Jin dan Syaitan.
Iblis (bapa/raja)
- sesuatu yang bijak yang mengetahui segala ilmu dari tamadun lama sehingga ketamadunan terbaru.
- mampu menjalankan perancangan
Jin Ifrit (pemantau/menteri)
- sesuatu yang tinggi pangkatnya
- riak dan sombong serta pantang dipuji
- suka mengejar pangkat dan nama
Syaitan (pekerja/hamba)
- hamba yang bodoh
- bekerja untuk iblis dan dijaga oleh ifrit
berkemungkinan besar bahawa teknologi bahan letupan dan kapal terbang adalah berasal dari mereka kerana :-
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat:
Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi.Mereka
bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah
Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan
membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami
sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?.Tuhan berfirman:
Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.(Al-Baqarah ayat 30.)
Mengikut hadithnya Rasul, ketika ia mati sebahagian badannya akan menjadi asap dan sebahagian lagi bertaburan umpama garam kerana dibunuh Nabi Isa A.S. Rentetan itu, barulah Ya'jud makjud akan keluar dan tidak ada manusia pun mampu melawannya. (akan di pos kisah Ya'jud Makjud pada entri akan datang) klik sini untuk panji hitam ufuk timur.
Panji Hitam Di Ufuk Timur
Mukadimah.
1. Sabda Nabi SAW, Al-Mahdi akan datang setelah muncul Panji-panji Hitam dari sebelah Timur yang mana pasukan itu selalu tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun. (Ibn Majah)
2. Sabda Nabi SAW, Orang ramai daripada Timur akan muncul, kemudian menyerahkan kekuasaannya kepada al-Mahdi.
3. Sabda Nabi SAW, Panji-panji Hitam akan keluar dari Khurasan (Setelah Pemuda Bani Tamim bertemu al-Haris Harras dan pada masa itu juga kawan-kawan al-Mahdi (tentera-tenteranya) keluar menuju Baitulmaqdis.
4. Al-Mahdi akan dibaiat di antara Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim oleh sejumlah orang yang mengikuti Perang Badar (iaitu Pemuda Bani Tamim dan pasukannya), kemudian datang kumpulan orang dari Iraq, dan para Wali Abdal dari penduduk Syam untuk berikrar kepadanya. Dan akan datang pula pasukan daripada Syam (sufyani) yang kemudiannya ditelan bumi di al-Baidak dekat Zul Hulaifah. Semuanya binasa melainkan si pembawa berita sahaja.â (Abu Daud & Al-Hakim)
5. Sabda Nabi SAW. âTiga ratus empat belas orang yang diantaranya adalah perempuan, bergabung dengan al-Mahdi yang akan bertindak ke atas setiap pemimpin yang berbuat zalim dan menegakkan keadilan seperti yang diharap-harapkan oleh semua orang. Setelah itu, tidak ada kebaikan lagi di muka bumi ini yang melebihi kebaikan pada masa al-Mahdi.
6. Sabda Nabi SAW âPembawa bendera al-Mahdi adalah seorang laki-laki daripada suku Tamim yang datang dari Timur.
7. Sabda Nabi SAW Jika kamu semua melihat Panji-panji Hitam datang dari arah Khurasan, maka sambutlah ia walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya di tengah-tengah panji-panji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjukâ. Maksudnya ialah al-Mahdi. (Ibn Majah, Abu Nuaim & Al-Hakim)
8. Sabda Nabi SAW, âSebelum al-Mahdi (muncul), As-Sufyani akan muncul dengan 360 pasukan berkuda. Kemudian dengan diiringi 30,000 pasukan yang dipimpin oleh Kalb, iaitu bapa saudaranya. As-Sufyani kemudian mengerahkan askarnya ke Iraq . Dalam serangan ini, 100,000 orang terbunuh di Zaura iaitu suatu bandar di Timur. Setelah itu mereka menyerang Kufah pula. Ketika itu muncullah Panji-panji (Hitam) dari Timur. Lantas ada satu pertanyaan, wahai Rasullah, bagaimana kami dapat mengenalinya? Nabi SAW menjawab, âDia adalah dari keturunanku, perawakannya mirip kepada Bani Israel, seolah-olah wajahnya bercahaya-cahaya laksana bintang, pipi kanannya bertahi lalat hitam. Dia tampan orangnya, yang berusia 40 tahun. Dia akan didatangi oleh Wali-wali Abdal dari Syam, tokoh-tokoh Nujabat dari Mesir, Asoib dari Timur dan para pengikutnya.
9. Sabda Nabi SAW Sentiasa akan ada satu toifah dari kalangan umatku yang sanggup menzahirkan kebenaran. Mereka tidak dapat dirosakkan (dikalahkan) oleh orang-orang yang menentangnya, hinggalah datang perintah Allah (hari kiamat).
10. Sabda Nabi SAW Dari Ibnu Masud RA, katanya, ketika kami berada di sisi Rasullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihat mereka, maka kedua-dua mata banginda SAW dilinangi air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, Mengapakah kami melihat pada wajah Tuan sesuatu yang tidak kami sukai? Baginda menjawab, Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dari penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari Timur yang membawa bersama-sama mereka Panji-panji Hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya, maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalan mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan seperti halnya bumi ini dipenuhi dengan kedurjanaan sebelumnya. Sesiapa yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka itu, walaupun terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah al-Mahdi.(Ibnu Majah)
11. Sabda Nabi SAW Daripada al-Hasan, bahawa Nabi SAW menyebut bala yang akan menimpa kaum keluarganya, hinggalah Allah mengutuskan Panji-panji Hitam dari Timur. Sesiapa yang menolongnya akan ditolong pula oleh Allah. Sesiapa yang menghinanya akan dihinakan pula oleh Allah, hinggalah mereka mendatangi seorang lelaki yang namanyna seperi nama aku. Mereka pun melantiknya memimpin mereka, maka Allah pun membantu dan menolongnya. (Nuaim bin Hammad)
12. Sabda Nabi SAW Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun merangkak di atas salji. (Al-Hafiz Abu Naim)
13. Sabda Nabi SAW, Akan keluar seorang lelaki dari seberang sungai yang dikatakan Al-Haris bin Harras, yang di hadapannya ada seorang lelaki yang dikatakan al-Mansur, dialah yang akan memudahkan urusan atau membela keluarga Nabi SAW seperti pihak Quraisy yang membela Rasulullah SAW. Wajib setiap mukmin menolongnya atau banginada bersabda, Wajib setiap orang mukmin menerimanya. (Abu Daud, an-NasaâI, al-Baihaqi & al-Husin)
14. Sabda Nabi SAW, Apabila kamu melihat Panji-panji Hitam telah diterima di sebelah wilayah Khurasan, maka datangilah dia sekalipun terpaksa merangkak di atas salji kerana padanya itu ada Khalifah Allah iaitu al-Mahdi. (Abu Nuaim)
15. Sabda Nabi SAW, Sesungguhnya ketika zahir al-Mahdi, menyerulah malaikat dari atas kepalanya, âIni al-Mahdi Khalifah Allah, maka kamu ikutilah dia.â Seluruh manusia tunduk dan patuh kepadanya dan mengecapi kasih sayangnya. Sesungguhnya al-Mahdi itu menguasai Timur dan Barat. Dan adalah yang berbaiat kepadanya di antara Rukun dan Maqam, yang pertama adalah sejumlah pasukan Badar (314 orang). Kemudian Abdal dari Syam mendatanginya, dikuti oleh Nujabak dari Mesir dan Asoib dari Timur. Setelah itu Allah mengutuskan kepadanya tentera dari Khursan dengan Panji-panji Hitam dan mereka menuju ke Syam. Allah menutus kepadanya 3,000 malaikan dan ahli (Ashabul) Kahfi adalah anatara pembantunya.
16. Sabda Nabi SAW. Sesiapa yang berpegang (teguh) dengan sunnahku ketika umatku sedang rosak, baginya seratus pahala syahid. (Iman Muslim)
17. Sabda Nabi SAW, Ada tiga orang adik-beradik yang saling berperang sesama sendiri berhampiran tempat simpanan Kaabah kamu. Ketiga-tiganya adalah anak seorang khalifah. Kemudian tidak seorang pun anatara mereka yang menjadi khalifah. Kemudian muncullah Bendera Hitam dari arah Timur, lalu mereka membunuh kamu semua (yang sedang berperang saudara itu) dengan satu pembunuhan yang (sangat banyak) belum pernah berlaku sebelum ini oleh sesuatu kaum. Kemudia baginda menuturkan sesuatu yang tidak saya ingatinya. Kemudian baginda bersabda, apabila kamu semua melihatnya, hendaklah berbaiat kepadanya walaupun terpaksa merangkak di atas salji kerana dia adalah Khalifah Allah, iaitu al-Mahdi. (Ibnu Majah)
18. Sabda Nabi SAW, akan ada orang-orang yang keluar dari sebelah Timur, lalu mereka mempersiapkan segala urusan untuk al-Mahdi, yakin pemerintahnya.â (Ibnu Majah)
19. Sabda Nabi SAW, Apabila keluar Panji-panji Hitam dari arah Khurasan, tidak akan ada sesuatu apa pun yang dapat menolaknya hinggalah dipacakkan di Ilya.â (At-Tarmizi)
Daulah Islamiyah sememangnya mempunyai bendera (Al-Liwa’) dan juga panji (Ar-Rayah). Inilah apa yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. semasa tegaknya Daulah Islamiyah pertama di Madinah al-Munawwarah pada tahun 622M. Dari segi bahasanya, bendera dan panji di dalam bahasa Arab disebut 'alam. Mengikut Kamus al-Muheet, dari akar kata rawiya, ar-rayah adalah al-'alam, yang jama’nya (majmuk) disebut sebagai rayaat. Juga disebutkan dari akar kata lawiya bahawa al-liwa' adalah al-'alam, yang jama’nya disebut sebagai alwiyah. Secara syar’ie, syara’ telah menjelaskan bahawa perkataan-perkataan di atas mempunyai maksud dan ciri-ciri yang tertentu.
Bendera Al Liwa'
Bendera Al Liwa' : adalah berwarna putih dan tertera di atasnya kalimah ‘LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH’ dengan warna hitam.Kalimah tersebut bermaksud 'Tiada tuhan selain Allah, dan Muhammad Rasulnya'.Diriwayatkan dari Ibnu Abbas yang mengatakan, "Bahawa bendera Nabi Muhammad s.a.w. berwarna hitam, sedangkan panji beliau warnanya putih." Riwayat Ibnu Abbas yang lain menurut Abi Syeikh dengan lafaz, "Bahawa pada bendera Nabi Muhammad s.a.w. tertulis kalimat ‘LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH’.
Semasa perang (jihad), bendera ini akan dipegang oleh Amirul Jihad (panglima/ketua) perang. Ia akan dibawa dan menjadi tanda serta diletakkan di lokasi Amirul Jihad tadi. Dalil yang menunjukkan perkara ini adalah perbuatan (af’al) Nabi Muhammad s.a.w. sendiri, di mana baginda (sebagai amir), semasa pembukaan kota Makkah telah membawa dan mengibarkan bendera putih bersamanya.
Dari Jabir, "Bahawa Nabi Muhammad s.a.w. memasuki Makkah dengan membawa Bendera Al Liwa' berwarna putih." [HR Ibnu Majah]. An-Nasa'i juga meriwayatkan Hadis melalui Anas bahawa semasa Nabi Muhammad s.a.w. mengangkat Usama ibn Zaid sebagai Amirul Jihad (panglima) pasukan ke Rom, baginda menyerahkan Bendera Al Liwa' kepada Usama ibn Zaid dengan mengikatnya sendiri.
Panji Ar Rayah
Panji Ar Rayah adalah berwarna hitam, yang tertulis di atasnya kalimah ‘LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH’ dengan warna putih.Hadis riwayat Ibnu Abbas di atas menjelaskan hal ini kepada kita. Semasa jihad, ia dibawa oleh ketua setiap unit (samada Division, Batalion, Detachment ataupun lain-lain unit). Dalilnya adalah Nabi Muhammad s.a.w., semasa menjadi panglima perang di Khaibar, bersabda, "Aku benar-benar akan memberikan panji (rayah) ini kepada orang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya, serta dicintai oleh Allah dan Rasul-Nya, lalu Rasulullah memberikan panji itu kepada Ali." [HR Bukhari]. Saidina Ali karramallahu wajhah pada masa itu boleh dikatakan bertindak sebagai ketua division ataupun regimen.
Diriwayatkan dari Harits Bin Hassan Al Bakri yang mengatakan, "Kami datang ke Madinah, saat itu dan Nabi Muhammad s.a.w. sedang berada di atas mimbar, sementara itu Bilal berdiri dekat dengan beliau dengan pedang di tangannya. Dan di hadapan Rasulullah terdapat banyak rayah (panji) hitam. Lalu aku bertanya: "Ini panji-panjii apa?" Mereka pun menjawab: "(panji-panji) Amru Bin Ash, yang baru tiba dari peperangan."
Dalam riwayat At-Tirmidzi, menggunakan lafaz, "Aku datang ke Madinah, lalu aku masuk ke masjid di mana masjid penuh sesak dengan orang ramai, dan di situ terdapat banyak panji hitam, sementara Bilal -ketika itu- tangannya sedang memegang pedang dekat Nabi Muhammad s.a.w.. Lalu aku bertanya: "Ada apa dengan orang-orang itu?" Mereka menjawab: "Beliau (Nabi Muhammad s.a.w.) akan mengirim Amru bin Ash ke suatu tempat."
Maksud ungkapan “terdapat banyak rayah (panji) hitam” menunjukkan bahawa terdapat banyak panji-panji yang dibawa oleh para tentera, walaupun amir (panglima perang)nya hanyalah seorang, iaitu Amru Bin Ash. Dalam riwayat An Nasa'i, dari Anas, "Bahawa Ibnu Ummi Maktum membawa panji hitam, dalam beberapa pertempuran bersama Nabi Muhammad s.a.w.." Hadis-hadis di atas dan banyak lagi hadis-hadis lain menunjukkan kepada kita bahawa itulah ciri-ciri bendera dan panji Nabi Muhammad s.a.w.. Nas-nas tersebut juga menunjukkan bahawa hanya terdapat satu bendera (liwa’) di dalam satu pasukan, tetapi boleh terdapat banyak panji (rayah) di dalam setiap unit dalam pasukan yang sama, yang dipegang oleh ketua unit masing-masing.
Bendera Kaum Muslimin
Inilah bentuk, corak dan warna bendera Rasulullah s.a.w. Hadis-hadis yang diriwayatkan menggambarkan dengan jelas akan bendera dan panji Nabi Muhammad s.a.w. dan tidak ada spesifikasi lain selain ini. Yang tertera padanya hanyalah satu kalimah yang Rasulullah s.a.w. diutus kerananya. Kalimah yang telah dibawa dan diperjuangkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat. Inilah kalimah tauhid yang menyatukan kita semua tanpa mengira bangsa, warna kulit, sempadan geografi dan sebagainya. Inilah kalimah yang ada pada bendera Rasulullah s.a.w... kalimah ”LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH”!PANJI HITAM DARI TIMUR
Black Flag From The East
(24 Ogos 2007 : 11 Syaaban 1428)
Semua sudah ketentuan Ilahi,
Sebuah tamadun bangkit kembali,
Mengibar gagah sebuah panji,
Berjuang tekad menagih janji,
Telah dilafaz oleh Baginda,
Dalam hadis berabad lamanya,
Bagai kepingan besi waja,
Datangnya langsung tidak diduga,
Setiap detik seratus tahun,
Pasti datang seorang pembangun,
Meletak Islam di tempat teragung,
Silaturrahim hati terdorong,
Panji Hitam Dari Timurr,
Berkibar setelah Islam hancur,
Setelah iman mula gugur,
Taqwa tersemai hancur lebur,
Panji Hitam Dari Timur,
Dirintis oleh seorang pemuda,
Yang tetap sedia dan taat setia,
Pada Raden, Sultan dan bangsa,
Pada tanah air tercinta,
Panji Hitam Dari Timur,
Akan berkibar ke serata dunia,
Menghapus sistem ciptaan manusia,
Diganti dengan sistem Yang Esa,
Rahmat melimpah tidak terduga,
Panji Hitam Dari Timur,
Akan diserah kepada Al-Mahdi,
Penguasa timur dan barat sejati,
Pemimpin yang telah lama dinanti,
Nabi Isa kan muncul kembali,
Janji Tuhan pasti terjadi...
PANJI HITAM DARI TIMUR II
(20 Ogos 2010 : 10 Ramadhan 1431)
Adakah kalian masih sembunyi,
Dengan semangat bakar berapi,
Menanti saat muncul berbakti,
Mengibar panji yang penuh sakti,
Perlukah kami terus menanti,
Adakah hanya sebuah mimpi,
Khabar dibawa hanya ilusi,
Namun kami terus yakini,
Kerana ianya hadis Nabi,
Panji Hitam Dari Timur,
Siapakah yang akan menjadi pencetus,
Adakah dikalangan musuh yang rakus,
Yang bergerak di dalam halus,
Gerakan Illuminati yang tekad menghapus,
Panji Hitam Dari Timur,
Siapakah yang akan mengetuk pintunya,
Hingga membakar musuh durjana,
Adakah dari kalangan tentera,
Atau jemaah yang cinta agama,
Atau pesilat pembela negara,
Atau bergabung kami semua,
Yang bergerak di dalam rahsia,
Agar tersungkur Freemason akhirnya,
Thursday, December 22, 2011
HERBA KHAZANAH PERUBATAN ISLAM
Ringkasan sebahagian herba-herba dari ilmu Khazanah Perubatan Islam yang terpilih antaranya terkandung dalam cairan dan campuran herba Khal Tamar Plus dan digunakan untuk ingatan, minda dan akal, dan kesihatan tubuh badan bersumberkan al-Quran, hadis Nabi SAW dan kitab-kitab ulama perubatan Islam.

1. 'Asal (Madu Lebah/Forest Honey)
Madu lebah merupakan salah satu perubatan menurut wahyu disebut dalam al-Quran dan hadis Nabi SAW. Dalam kitab perubatan Islam dinyatakan bahawa madu hendaklah dicampurkan dengan beberapa bahan lain untuk kecerdasan minda.
Seperti mana yang diterangkan dalam al-Quran, Surah al-Nahl : 68-69, maksudnya: "Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat-tempat yang dibuat manusia kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah memudahkan (bagimu). Dan dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan penyakit bagi manusia. Sesungguhnya pada demikian itu, benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkannya."
Dalam kitab Al-Has Ali Al-Hafizul Ilmi oleh Abdul Rahman Al-Juzi (meninggal dunia 598H) menyatakan yang bermaksud: "Hendaklah kamu mengambil madu kerana ianya baik untuk ingatan."
Kami memilih madu dari Republik Islam Iran kerana khasiatnya yang banyak disebabkan lebah di sana menghisap madu di pokok-pokok kurma, tin, zaitun, delima dan sebagainya yang mana kesemua buah-buahan ini disebut dalam al-Quran dan kitab-kitab perubatan Islam tentang khasiatnya yang banyak.

2. Za'faran (Saffron/Crocus Sativus)
Bunga Za'faran merupakan herba yang sangat terkenal dan termahal, dikenali sebagai "King of Spices". Terlalu banyak dalam kitab menyatakan bahawa Za'faran sangat baik untuk kecerdasan minda.

Dalam kitab Tib Al-Imam Ali m.s. 381 Saiyidina Ali (k.w) menyatakan yang bermaksud: "Sesiapa yang mengambil sebahagian Za'faran tulen dan Su'dun satu bahagian dicampurkan dengan asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir."


3. Karaps (Saderi/Celery/Apium Graveolens)
Dalam kitab Tib Al-Nabi m.s. 47 Nabi SAW sendiri menyatakan kebaikan karaps untuk kecerdasan minda dengan sabda Baginda SAW yang bermaksud: "Makanlah oleh kamu karaps, kerana ianya menguatkan ingatan, karaps dari makanan Khidir (Nabi Allah Khidir a.s.)."
Sabda Baginda SAW lagi tentang kebaikan karaps yang bermaksud: "Hendaklah kamu mengambil karaps, jika sekiranya sesuatu dapat menambahkan akal maka ianya adalah karaps."


4. Qaranful (Cengkih/Cloves/Eugenia Caryophyllus)
Dalam kitab Tib Al-Imam Al-Sodiq m.s. 381 Imam Ja'afar Al Sodiq (r.h.) (lahir pada 80H, guru kepada Imam Abu Hanifah r.h.) pernah menerangkan masalah kecerdasan minda kepada muridnya Abi Basir yang bermaksud: "Berkata Abi Basir, aku bertanya kepada Al-Sodiq (Imam Ja'afar Al-Sodiq): "Bagaimanakah kami berupaya mengingati ilmu yang engkau sebarkan kepada kami?" Lalu Imam Ja'afar Al-Sodiq berkata: "Ambillah seberat 10 dirham (lebih kurang 10 sudu) qaranful, begitu juga kundur zikri (lubban) serta ditumbuk halus keduanya, lalu diletakkan di atas lidah (dihisap) pada setiap hari."

5. Adas (Dal/Lentils)
Adas adalah makanan yang disebut dalam al-Quran (Surah al-Baqarah : 61).

Adas dapat menguatkan ingatan seperti mana dalam kitab Tibbul Aimmah m.s. 389 menyebutkan yang bermaksud: Terdapat berita menyatakan bahawa perkara yang menguatkan ingatan ialah memakan daging di kawasan tengkok binatang (halal), makan makanan manis-manis (seperti madu), makan adas, makan roti dan membaca ayat-ayat Al-Kursi."
Kajian menunjukkan bahawa adas yang mempunyai kandungan tinggi seratnya berkeupayaan merendahkan tahap kolesterol dan dapat mengawal paras gula daripada meningkat tinggi selepas sarapan. Disamping itu juga adas amat baik untuk jantung kerana ia mengandungi folate dan magnesium yang boleh menghalang berlakunya penyempitan pada saluran arteri dan ini memudahkan pergerakan darah, oksigen dan nutrien ke seluruh tubuh. Majalah Health telah memilih adas sebagai salah satu daripada lima makanan paling sihat.

6. Khardal (Brassica Juncea)



7. Na'na (Mentha Longifolia)
Dr. Riyad Muhammad salah seorang ulama perubatan Islam moden dari Mesir dalam kitabnya m.s. 298 menyuruh kita memasukkan daun na'na dan habbatus sauda' ke dalam madu untuk kecemerlangan minda, beliau menyatakan yang bermaksud: "Digoreng (dikeringkan) na'na serta dihaluskan kemudian dicampur dengan madu, selepas itu di masukkan tujuh titik minyak habbatus sauda' diminum suam-suam serta dibaca ayat Al-Ruqayyah sebanyak 7 kali, ayat Syifa serta surah Yaasin."

8. Zabib (Kismis/Raisin)
Dalam kitab Tib Al-Nabawi oleh Ibnu Qayyim Al-Juzi, m.s. 241 menyebutkan yang bermaksud: "Imam Al-Zuhri berkata: 'Sesiapa yang ingin menghafal hadis, maka dia hendaklah makan zabib (kismis)'."


9. Lubban (Getah Pokok Frankincense)
Lubban disebut sebagai kundur zikri mengikut kitab Tib Al-Imam Al-Sodiq m.s. 381 oleh Imam Ja'afar Al Sodiq (r.h.) pada kenyataan sebelumnya. Lubban dikenali umum oleh orang Arab sejak dahulu kala sebagai makanan kecerdasan minda.
Banyak riwayat di antaranya dalam kitab Tib Al-Nabawi m.s. 355 menyebutkan riwayat dari Ibnu Abbas (r.d.), Anas (r.a) dan Saiyidina Ali (k.w.) Maksudnya: "Diriwayatkan dari Saiyidina Ali (k.w.) bahawa dia menyatakan kepada seorang lelaki yang mengadu kepadanya tentang masalah penyakit lupa. Lalu Sayyidina Ali (k.w.) menyuruh ia menggunakan lubban, kerana lubban dapat menguatkan hati serta menghilangkan masalah kelupaan."

10. Habbatus Sauda' (Nigella Sativa)
Habbatus Sauda' adalah sejenis bijirin yang sangat terkenal khasiatnya dalam perubatan Islam, mempunyai dalil atau nas yang terlalu banyak dari Nabi SAW sendiri dan ulama perubatan Islam.
Di antara sabda Rasulullah SAW dalam hadis sahih diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Baginda SAW bersabda yang bermaksud: Daripada hadis Abi Salamah (r.d.) bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Hendaklah kamu mengambil habbatus sauda' ini, kerana ianya penyembuh bagi setiap penyakit, melainkan mati."

Ibnu Sina dalam kitabnya Al-Qanun Fi Al-Tib m.s. 856, menyatakan bahawa: "Habbatus sauda' dapat melegakan angin dalam badan, masalah paru-paru, sakit kerongkongan, sakit kepala, buah pinggang, kencing, gastrik, menguatkan jantung, menghilangkan keletihan dan membuang keracunan badan (toksin)."
Begitu juga dengan pendapat ulama perubatan Islam lain seperti Ibnu Al-Baithor dalam kitabnya Jamiah, Daud Al-Intoqi dalam kitab Tazkirah dan lain-lain.

11. Hindiba' (Cichorium Intybus)
Pokok Hindiba' sangat terkenal sebagai herba yang baik untuk kesihatan sejak zaman Yunani, Pliny (A.D 23-79), Napoleon, Greek, Rom dan Mesir Purba (kerajaan Firaun).
Setelah Kedatangan Nabi Muhammad SAW, hindiba' menjadi semakin terkenal kerana Baginda sendiri banyak meriwayatkan tentang hindiba'. Ulama perubatan Islam menyebut bahawa hindiba' dapat menyembuhkan berbagai-bagai penyakit manusia dan ianya sesuai dimakan bersama madu lebah.
Dalil-dalil kebaikan hindiba' - Bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Makanlah oleh kamu hindiba' dengan cara kesemuanya bahagian pokok tersebut. Sesungguhnya tidaklah sehelai daripada daun hindiba' itu melainkan mengandungi air dari syurga."
Kenyataan kebaikan hindiba' oleh ulama perubatan Islam terkenal zaman silam iaitu Imam Ja'afar As-Sodiq (83-148H): "Hendaklah kamu memakan hindiba' kerana ianya dapat menyuburkan air mani dan mencantikkan muka." Mencantikkan muka dapat dimaksudkan sebagai awet muda.

Khasiat hindiba' menurut Ibnu Sina (370-428H): Terjemahannya: Berkata Ibnu Sina: "Hindiba' dapat membuka segala yang tersumbat di saluran makan (di usus) dan di dalam urat saraf. Mengubati penyakit mata, menghapuskan penyakit mata, menghapuskan penyakit keputihan di mata (selaput mata) dan menstabilkan denyutan jantung. Bermanfaat untuk penyakit kerongkongan (kemerahan kerongkong), dapat melegakan kahak, gelema serta memperbaiki usus-usus di perut. Hindiba' merupakan penawar terpilih untuk mengatasi masalah kelemahan di perut."

Khasiat hindiba' menurut ulama perubatan Islam Ibnu Qayyim Al-Juziyah (691-751H), dalam kitabnya Tib Al-Nabawi m.s. 368, beliau mengatakan, maksudnya: "Apabila dimakan maka hindiba' boleh melegakan luka-luka dalam perut, bermanfaat untuk segala yang tersekat di perut, penyakit kepanasan mata (masalah penyakit mata), menguatkan perut, membuka segala yang tersumbat di hati, bermanfaat untuk penyakit kepanasan dan kesejukan badan, membuka segala yang tersumbat di limpa, di urat-urat saraf, di saluran makanan (perut), membersihkan buah pinggang, membersihkan segala penyakit di dada, membersih (menghilangkan) kepanasan darah, penyakit kencing serta hindiba' mempunyai kekuatan menghapuskan segala masalah keracunan badan (toksin)."

12. Babunaj (Matricaria Chamomilla)
Sejak zaman dahulu hingga kini masyarakat Arab dan Farsi menganggap pokok babunaj sebagai pokok herba yang sangat istimewa untuk mereka. Bunga babunaj yang berwarna putih kekuningan sangat berkhasiat untuk mengubati berbagai-bagai penyakit.


13. Zanjabil (Halia/Zingiber Officinale)
Sudah menjadi amalan kebiasaan orang Arab sejak zaman dahulu sehingga sekarang, mereka memasukkan zanjabil dalam minuman harian, teh, kopi susu dan madu kerana khasiatnya yang sangat banyak menurut perubatan Islam.
Zanjabil adalah salah satu herba yang disebut dalam al-Quran (Surah al-Insan : 17) yang bermaksud: "Mereka dalam syurga itu diberi sejenis minuman yang dicampurnya dari zanjabil."
Khasiat zanjabil - Menurut kitab-kitab perubatan Islam, zanjabil dapat mengatasi masalah kelemahan kesihatan seperti sakit dada, jantung, lelah, lemah paru-paru, angin dalam badan, mengubati darah, penghadaman, usus serta membuang keracunan badan. Lihat kitab Al-Qanun Fi Al-Tib Ibnu Sina m.s. 558-559, kitab Tib Al-Nabawi m.s. 293, kitab Sidlit Al-Athor m.s. 293-294, kitab Sidlit Al-A'sab m.s. 253.

14. Hulbah (Halba/Fenugreek/Trigonella Foenum-Graecum)

Hulbah adalah sejenis bijirin herba yang digunakan secara meluas dalam perubatan Islam sejak zaman dahulu kala lagi. Terdapat banyak riwayat tentang kebaikan hulbah sama ada dari Nabi SAW sendiri dan ulama perubatan Islam, di antaranya bermaksud : Disebut daripada Al-Qasim bin Abdul Rahman, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Berubatlah kamu dengan hulbah."
Kebaikan hulbah menurut kenyataan Ulama Perubatan Islam: "Seandainya manusia mengetahui manfaatnya Hulbah, tentulah mereka akan membelinya dengan emas yang sama timbangannya."

Lihat kitab Al-Qanun Fi Al-Tib Ibnu Sina, m.s. 597-598. Kitab Tib Al-Nabawi m.s. 276, kitab Sidlit Al-A'sab Daud Al-Intoqi oleh Muhsin Aqil m.s. 162-163, kitab Sidlit Al-Athor Ibnu Al-Baithor oleh Muhsin Aqil m.s. 191-912.
| reaksi? |
Subscribe to:
Posts (Atom)