Followers

Saturday, December 24, 2011

TERBONGKAR: Video Perancangan Iblis Laknatullah yang Nyata

Ketika sedang di-ruqyah (mengubat kerasukan jin secara Islam), tiba-tiba seekor jin dari golongan Ifrit telah terlepas cakap kerana kesombongan. Lalu telah menceritakan beberapa perkara ghaib (rahsia) antaranya: bagaimana syaitan dan iblis merosakkan anak Adam, bagaimana golongan jin sendiri ditipu, dan pengakuan bahawa projek illuminati adalah 'brainchild' Iblis untuk menyambut al-Masih ad-Dajjal.


Sifat sombong jin berbangsa Ifrit telahpun disebut dlm al-Quran: Berkatalah Ifrit dari golongan jin: "Aku akan membawakannya kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu, dan sesungguhnya aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah". (27:30) Kerana mereka sering bersikap sombong kepada manusia, akhirnya jin tersebut telah "berkongsi" beberapa hal besar, dan membenarkan hadith dan ayat-ayat Quran tentang sifat dan kerja-kerja syaitan dan Iblis. 

Kesimpulan penulis: menurut bacaan hamba, Iblis dan Dajjal itu musuh yang dijadikan Allah sebagai musuh manusia yang nyata. Kejadian Dajjal itu sendiri adalah hasil hubungan haram antara Iblis dan Manusia (kelahiran cacat).

Dalam video ini juga kita dapat mengetahui hubungan antara Iblis, Jin dan Syaitan.

Iblis (bapa/raja)
  • sesuatu yang bijak yang mengetahui segala ilmu dari tamadun lama sehingga ketamadunan terbaru.
  • mampu menjalankan perancangan
Jin Ifrit (pemantau/menteri)
  • sesuatu yang tinggi pangkatnya
  • riak dan sombong serta pantang dipuji
  • suka mengejar pangkat dan nama
Syaitan (pekerja/hamba)
  • hamba yang bodoh
  • bekerja untuk iblis dan dijaga oleh ifrit
berkemungkinan besar bahawa teknologi bahan letupan dan kapal terbang adalah berasal dari mereka kerana :-
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat:
Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi.Mereka
bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata):  Adakah
Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan
membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami
sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?.Tuhan berfirman:
Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.(Al-Baqarah ayat 30.)

Bermaksud sebelum manusia memusnahkan bumi ada makhluk lain yang melakukan kemusnahan sebelum ini

Mengikut hadithnya Rasul, ketika ia mati sebahagian badannya akan menjadi asap dan sebahagian lagi bertaburan umpama garam kerana dibunuh Nabi Isa A.S. Rentetan itu, barulah Ya'jud makjud akan keluar dan tidak ada manusia pun mampu melawannya. (akan di pos kisah Ya'jud Makjud pada entri akan datang) klik sini untuk panji hitam ufuk timur.

0 kamen rider:

Post a Comment